Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



11 July 2019 | 1:57:00 PM | 0 Lovers
Entry 168 (31.10.2018)

   Assalamualaikum....
Adakah aku yang bersalah didalam percintaan ini? Hati, kepala otak selalu fikir yang bukan-bukan. Aku bukannya baru nak bercinta. Aku pernah bercinta, pernah bertunang, pernah berkahwin dan pernah bercerai. Kenapa aku rasa aku macam tak layak untuk rasa bahagia. Apa salah aku dan apa dosa aku? Setahu aku, aku yang banyak sakit hati dari aku menyakiti hati orang.

   Kadang-kadang aku buntu. Apa yang perlu aku buat untuk bahagiakan lagi hati orang dan bahagiakan hati sendiri. Adakah Allah mahu menguji aku atau ini memang takdir hidup aku? Kenapa aku perlu faham orang dan orang tak perlu faham aku? Aku cuba ikut rentak dia, cuba faham hidup dia, cuba bersangka baik, dan cuba ubah cara hidup dia. Tapi, bila kepercayaan dah hilang, aku terus bersangka buruk walaupun dia dah bercakap jujur. Adakah itu salah aku?

   Kadang-kadang rasa cemburu selalu hadir. Bukan cemburu kerana dia ada orang lain. Tapi cemburu dengan orang lain yang hidup bagaikan tiada apa-apa masalah. Adakah sangkaan aku itu benar?
Sedih? Ya! Jujur memang aku sedih. Sebab dulu hidup aku dengan bekas suami tidaklah sesukar ini. Selalu menangis diawal percintaan. Tapi bila dah masuk tahun ketiga, hidup aku mula bahagia. Tiada air mata mengalir. Dia selalu ambil berat tentang aku. Selalu tanya makan minum pakai aku. Selalu pesan supaya melakukan kebaikkan. Dan dia dah banyak ubah aku kejalan yang baik. Tapi, aku sendiri yang memilih untuk pergi darinya untuk insan yang lain. Tapi, apa yang aku harapkan tidak seindah yang diimpikan. Mungkin sebab perbuatan aku terhadap bekas suami, Allah tunjukkan semula sikap aku terhadap dia (Lelaki yang sekarang itu mencerminkan diri ku yang dulu). Sungguh aku menyesal dengan perbuatan aku dulu. Aku menyesal melakukan itu terhadapnya. Walaupun dia sakitkan hati aku, kebaikkan yang dia berikan dah terlalu banyak. Maafkan segala kesilapan ku. Maafkan aku.........


0 Comments posted :

Post a Comment