Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



11 July 2019 | 1:49:00 PM | 0 Lovers
Entry 164 (28.01.2018)
Part I

Assalamualaikum...

   Haii all..... Seminggu lebih jugak la kita menyepi. Kan? Kan? Hahaa. Bukan apa. Aku menyepi sebab sibuk uruskan kerja and percutian di Sandakan, Sabah. Yang tak pernah pergi sana mesti ada yang nak tahu berapa kos ke sana right? Baca sampai habis. Untuk hari ni aku nak share perbelanjaan aku selama 5 hari 4 malam di Sandakan, Sabah. Let’s go!

   Before that, aku nak bagi tau sebelum ke Sabah atau kemana-mana dengan flight, plan awal-awal and selalu check harga flight. Semua orang tau kan? Harga flight yang kadang tinggi, kadang rendah harganya. So, rajin-rajinkanlah diri tu ye. Flight aku 22 JAN 2018 tu cuma RM169 pergi sahaja. And balik pun harga yang sama jugak.  Sini, aku cerita step by step la ye dari awal sampai kepenghujungnya.

   Macam biasa lah. Sebelum sampai KLIA2 kita mesti naik public transport or kenderaan sendiri kan. So dekat sini aku cerita semuanya tentang aku dan perjalanan ke sana. First, 21 JAN 2018 jam 1600Hrs keluar dari hostel, p beli bekalan makanan untuk aku mengunyah dalam bas nanti. Sebab aku ni memag suka makan. Faham-faham lah berapa puluh dah habis dekat makanan. Tapi tak apalah. Untuk perut sendiri. Bukan perut orang lain pun kan. Then, jam 1700Hrs kena beratoq pulak nak naik cable car. Almaklum la aku dari Genting. Bukan datang bercuti ke apa. But, aku memang staff sini. Kerja sebagai apa tu tak payah tahu la ye. Okay! Back to the point! Agak lama jugak que dekat situ sebab memang ramai. Jam 1740Hrs macam tu baru dapat masuk dalam gondola tu. Nasib baik la cable car ni agak laju. 10minit macam tu baru sampai dekat stesen bas Awana. Bas kami jalan jam 1800Hrs. Lagi 10minit je tinggal. So, apa lagi. Jalan sepantas yang boleh la. Dalam 5minit bas ke KLIA2 sampai. Kami tunggu bas tak lama. Okay lah kan. Kira pandai la jugak bajet masa tu. hehee. 2 jam perjalanan kami dari Genting ke KLIA2. Lebih kurang jam 2000Hrs kami pun sampai di KLIA2. Dah sanpai tu apa lagi. Cik abe kita kata lapaq. Tunggu lagi? Terus serbu Marry Brown dekat KLIA2 tu sebab situ je agak murah dari makanan yang lain. Kami dah la tengah bajet. Tak boleh la nak makan mahal-mahal. Belanja yang bawak pun cuma RM2,000. Takut tak cukup bila dekat Sabah nanti. Jimat selagi boleh. Hihii 😁

   Okay, masih lagi di Airport. Kami makan lepastu pusing-pusing dalam airport tu sampailah tiba masa untuk masuk gate. Kira sendiri la berapa jam kami kat airport tu sampai tak tau nak buat apa. Sampai KLIA2 awal. Flight jam 0625 (22 JAN 2018). Kau rasa? Aku ni sampai dah sakit kepala sebab tak tidoq. Wait! Sambung balik yang tadi. Lepas makan, kami terus p check in tiket. Tumpang tak ramai lagi dekat mesin kiosk. Mai nak habaq pasai kiosk dekat KLIA2 ni. Betoi la kawan aku cakap. Check in awal tak apa. Sebab mesin kiosk dekat sana bukan semua elok. Ya! Tepat sekali. Memang tak semua elok. Kami try one by one mesin kat situ. Mesin yang ke-6 baru boleh print tiket. Kau rasa? And, untuk pengetahuan you all, selama 23 tahun hidup, aku first time sampai KLIA2 and first time jugak naik kapal terbang. Masa dekat airport, kami banyak tanya orang. Tanya macam mana nak print tiket, nak timbang beg dekat mana, nak check in beg pukul berapa and nak tunggu dekat gate pukul berapa. Ada kan pepatah yang mengatakan “Malu bertanya, sesat jalan”. Jadi, nak elak hal-hal yang tidak diingini berlaku, banyak-banyaklah bertanya orang. Jangan malu ya. HAHAA! Tudiaaaa! Cerita dekat airport saja dah panjang. Maaf ya Maaf. 

   Ada lagi sebenaqnya. Jom sambung baca! Lepas dah print tiket, Cik abe kita mengantuk. So, teman je la dia tidoq dekat hall tu sambil-sambil aku layan cerita dekat facebook. Ingat! 4jam sebelum berlepas dah kena ada dekat airport. Macam aku 9jam lagi nak berlepas, aku dah sampai airport. Maklum la. Last bus jam 1800Hrs. Terpaksa la awal. Nak tinggal kereta dekat airport memang tak la! Mahal sangat. Buang duit ja. So, gunakanlah kemudahan yang ada. Back to the point! Okay, 2jam jugak la dia tidoq. Jam 0200Hrs kami gerak dari hall tu. p la cuci muka segala mak nenek tu. Dalam 0230Hrs macam tu kami beratoq untuk check in beg masuk kargo. Kaunter buka jam 0300Hrs tapi kami beratoq awal sebab memang dah ramai que dekat situ. Kami join la que dekat situ takut nanti lagi ramai. Jenoh nak tunggu woii! Sampai je turn kami, yeay! Beg cuma 13.5kg. Nasib baik tak lebih. Ye lah, aku beli bagage 15kg dengan RM45 kalau tak silap. Kalau lebih, kena la tambah duit tak pun kurangkan barang dalam beg. Kira aku ni pandai bajet lah nohh. Hehee. Okay! Lepas dah check in bag, kami p makan sebab aku teringin Penang Asam Laksa Nyonya Colour. Lepas makan, jam 0445Hrs kami gerak masuk. Agak jauh la nak ke Gate J15. Penat jalan woii! Sampai depan gate, duduk bergelimpangan depan gate tu. Jam 0520Hrs dah que nak masuk dalam kapal terbang. Duduk lah aku dekat seat 15A and 15B (cik abe kita) betul-betul atas sayap you all! So, kalau yang nak duduk area kepak tu, seat 15-17 tu masih area kepak. Haa.... Saat-saat bak berlepas tu, aku baca doa naik kenderaan, mengucap, istighfar sepanjang penerbangan. Sebab apa? Sebab aku memang takut. Nama pun tak pernah naik kapal terbang. Otak ni fikir macam-macam la. Punya la takut. Tapi, Alhamdulillah kami selamat sampai and jejak kaki di tanah Sabah pada jam 0930Hrs. 

Penat la menaip. Sat lagi i sambung balik untuk Part II 😘


0 Comments posted :

Post a Comment