Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



11 July 2019 | 1:52:00 PM | 0 Lovers
Entry 165 (11.02.2018)
Part II

Assalamualaikum...

Jom sambung balik hat tadi.....

22 JAN 2018 (Day 1)
    Sampai je dekat airport Sandakan, seperti biasa check imigresen dulu. Diberi pas masuk ke Sabah. Nanti aku share gambaq pas masuk tu. Lepas tu call orang hotel yang pickup kami di airport ke Labuk Hotel. Specialnya Labuk Hotel ni, free shuttle Hotel ke Airport, Airport ke Hotel. Murah pun murah. Semalam cuma RM90. Kalau jadi member, semalam RM85 je. Jadi aku buat keputusan untuk jadi member and bayar untuk 4 malam cuma RM350 termasuk member card RM10 and deposit RM50. Jadi, kami bayar RM400. Check out nanti baru ambil semula RM50 tu. Sampai je bilik, terus mandi and bersiap untuk selesaikan misi yang sepatutnya. Hari pertama kami cuma guna grab untuk bergerak kemana-mana. Grab banyak and murah. I like it! Selesai je misi (Jam 1300Hrs) kami kembali ke hotel and rehat, tidoq. Qhado balik tidoq yang tak cukup tu. Jam 1700Hrs kami bersiap for dinner. Hari pertama sampai terus nak rasa steamboat Sandakan. Best gila steamboat kat Sandakan. Tak macam dekat Semenanjung. Beza dia kan, seafood dekat Sabah besaq gila. Memang puas hati makan. 1 kepala cuma RM25. Makan sampai muntah. Tapi kalau tak habis, kau bayaq total berat yang tak habis tu. Ambil sikit-sikit tak apa. Tak rugi.........




23 JAN 2018 (Day 2)
   Hari kedua baru kami sewa kereta. Satu hari RM107. Kami sewa untuk dua hari + deposit, total kami kena bayar, RM300. Hari kedua ni la baru kami start jalan-jalan. First kami pergi “Sepilok Orangutan” dan “Borneo Sun Bear”. Sebab dua-dua tu bersebelahan je. Tapi kami tak kesampai nak masuk “Borneo Sun Bear” tu sebab masa tu berlaku kemalangan kecil. Bear lari entah kemana. Jadi, kami cuma pergi “Sepilok Orangutan”. Tiket masuk cuma RM5 untuk seorang. Kalau tempat bear tu RM5.30 seorang. Bukan mahal pun kan? Kami pun pusing la dekat kawasan tu sampai rasa bosan. Then, dalam jam 1500Hrs  kami gerak pergi “Sandakan Crocodile”. Tiket masuk RM10 seorang. Tahu ada apa? Dah nama pun Crocodile, mestilah ada buaya. Tapi ada jugaklah ikan. Satu benda ja yang aku kesian bila masuk situ. Ikan-ikan dalam kolam tu. nampak je kami lalu, ikan tu bagaikan meminta makanan. Kami pun beli la makanan ikan dengan harga RM1 yang ada dekat situ. Allah! Memang semua ikan-ikan tu lapaq. Penternak macam tak jaga baik-baik. Hmmm.....
Selasai ja bagi makan semua ikan-ikan tu kami pun keluar dari situ pergi Centre Market. Alaaaa,,,, tempat orang jual Mutiara, ikan kering, udang kering and macam-macam lagi. Niat kesana nak beli Mutiara. Tapi sayang, kedai dah tutup. Masa tu dah jam 1700Hrs. Memanglag dah tutup. So, kami cuma beli Ikan Lumi and Udang Kering. Sedap kalau goreng and ratah macam tu saja. Hehee. Habis jugak RM96 beli ikan dengan udang tu je pun. Okay habis ja shopping, time to dinner. Cik abe kita teringin nak makan lobster pulak. Kami pun cari la restoran yang jual lobster. Yeay! Jumpa. Lobster 1kg dengan harga RM300. Jadi kami ambil yang ringan sikit. 400gm dengan harga RM155. Boleh la. Janji dapat rasa. Kan? Sekali tu je la makan mewah sikit. Mati la kalau makan hari-hari. Habis je makan, kami terus pulang ke hotel then tidoq.




24 JAN 2018 (Day3)
   Hari ketiga, kami tak banyak jalan. Keluar semata-mata nak p Centre Market sebab nak beli Mutiara. Semalam kan kedai tutup. Jadi, kena lah beli harini. Shopping macam-macam habislah RM125. Lepas shopping, kaami isi perut dulu. Bila dah kenyang, tergerak hati nak p “Labuk Bay” tempat monyet hidung besaq tu. Tiket masuk RM15 seorang. Jalan nak kesana memang jauh. Sangat-sangat pedalaman. Sunyi! Takut beb! Drive punya drive sampai la tempat yang kami nak p tu. Duduk la situ sampai bosan. Then balik! Dalam perjalanan balik tu, kami singgah stesen bas Sandakan sebab nak beli tiket ke Kundasang. Alang-alang dah sampai Sabah rugi la tak p sana kan? Tiket bas dari Sandakan ke Kundasang RM35 seorang pergi sahaja. Selesai semua, kami pun kembali ke hotel. Makan then tidoq sebab esoknya jam 0800Hrs dah nak gerak ke Kundasang.




25 JAN 2018 (Day 4)
   Hari keempat! Jam 0600Hrs dah bangun mandi-mandi. Kenapa bangun awal? Sebab aku makeup pun dah makan sejam. HAHAAA! Besiap semua, terus pergi breakfast. Jam 0730Hrs kami panggil grab untuk hantar kami ke stesen  bas. Jam 0800Hrs tepat bas pun gerak. Perjalanan kesana memang buat aku takut. Sebab apa? Sebab bas sangat-sangat laju. Lepas tu penghadang jalan tak ada. Cerun bukit memang nampak! Kalau bas tu tergolek, kau rasa? Sepnjang perjalanan seriou cakap, memang aku tak berani tidoq. Seriau woii! Selepas 5jam perjalanan, Jam 1300Hrs kami pun sampai di Kundasang. Sampai je Kundasang, aku ingat boleh la jalan untuk sampai kat tempat lembu tu. Rupanya! Jauh oii! Hah! Apa lagi! Cari la bas mini untuk bawak kita ke atas sana. Dia bukan kira kepala. Tapi kira 1 van. RM60 dia bawa kami naik ke atas and tunggu kami sampai kami rasa nak balik. Tapi ingat ya. Desa Cattle Dairy Farm tu tutup jam 1700Hrs tu. So, baik datang pagi. Banyak masa nak luangkan dekat sana. Bergambar and macam-macam. Lepas kami bergambar, kami pergi beli Fresh Milk 500ml dengan harga RM3.80 dan Chocolate Milk 200ml dengan harga RM2.50. Habis minum susu, kami beli ice cream pulak. Ice cream pulak murah. 1 cup dengan harga RM5.30. Semua dekat situ fresh you all! Memang terasa kesegaran dia. Okay puas makan puas minum, jam 1530Hrs kami turun dari Desa Cattle Dairy Farm. Jadi, kami pun tunggu bas untuk pulang ke Sandakan. Jam 1600Hrs kami gerak ke Sandakan. Jam 2100Hrs sampai lah kami dekat tempat menginap. Apa lagi! Tidoq la. Letih satu hari perjalanan.




26 JAN 2018 (Day 5)
   Last day di Sabah. Duit pun dah berkurangan. Nak buat apa lagi. Melangut je la dekat Airport Sandakan sampailah tibanya waktu untuk berlepas. Okay done! Cukuplah sampai sini. Penat dah nak menaip. Assalamualaikum, bye!




Continue for new story.....




0 Comments posted :

Post a Comment