Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



11 July 2019 | 1:55:00 PM | 0 Lovers
Entry 166 (07.05.2018)

   Assalamualaikum follower semua. Terima kasih kepada pembaca. Lama tak update blog kan? Maklum la busy sangat. Saja la pagi-pagi ni free sikit and teringat dekat blog ni. Jadi kita luangkan masa sikit untuk si manis blog ni ;)

   Lepas Febuari aku terus diamkan diri kan? Hari demi hari ku hadapi dugaan demi dugaan. Kadang-kadang diri terasa kenapa berat sangat dugaan yang ALLAH bagi? Apakah aku perempuan yang teruk dimasa lalu? Terlalu banyakkah dosa yang aku buat? Sampai satu tahap aku perlu menangis untuk pujuk hati sendiri. Aku bagaikan tak sanggup lagi untuk hadapi ujian yang ALLAH bagi ;(. 

   Siapakah aku yang sebenar? Kenapa aku selalu diuji? Adakah aku terlalu kuat untuk hadapi semua ni? Lepas satu, satu aku diuji dengan bermacam cara. Lepas aku cuba menjauh dari seseorang, ALLAH hadirkan aku seorang lelaki yang pelik perangainya. Perangai yang selalu buat aku marahkannya. Perangai yang selalu buat aku tak ada mood setiap masa. Perangai yang kadang-kadang aku tak dapat nak faham. Perangai yang selalu buat aku rasa tercabar. Kenapa perasaan macam tu hadir? Salah siapa? Aku atau dia? Atau aku yang tak pandai kawal keadaan?

   Hmm..... Entah la. Kadang-kadang aku rasa fed up and aku rasa tak perlu lelaki dalam hidup aku pun tak apa. Kenapa? Sebab aku tak suka rasa sakit hati. Cukuplah bila selalu disakiti. Waktu sekarang aku perlu untuk rasa bahagia. Bukan lagi disakiti. Bukan lagi dipermainkan. 

   Penat dan sedih bila kenangkan hidup aku tak macam orang lain. Apakah tiada bahagia untuk aku? Masjid aku pernah siap suatu ketika dahulu. Tapi sayang masjid tu tak dapat bertahan lama. Kesempurnaan sudah cukup waktu tu. Tapi aku sia-siakan kesempurnaan yang pernah aku dapat. Maaf kerana aku tak dapat teruskan kesempurnaan yang lebih kerana sakitnya hati tak dapat aku ubati waktu tu ;(

   Masjid baru yang bakal dibina semula yang baru ada lakarannya aku tidak pasti adakah masjid tersebut dapat dibina? Ini kerana dipenghujung lakaran aku tak dapat bayangan. Dapatkah aku teruskan? Aku hampir putus asa. Aku penat untuk melakarnya lagi kerana kesedihan yang aku terima setiap hari ;(
Maaf......

To be continue.....



0 Comments posted :

Post a Comment