Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



11 July 2019 | 2:01:00 PM | 0 Lovers
Entry 169 (28.01.2019)

Assalamualaikum..
Dah lama rasanya tak berblog ni. Biasa la ada masalah sikit mesti nak story. Tapi tak tau nak story kat siapa. Mulanya aku create blog sebab nak cerita benda-benda happy ja. Tapi dah jadi sebaliknya. Apa boleh buat kan? Redha je la kan.

   Aku tak tahu apa sebenarnya Allah nak uji? Bukan nak mengeluh, tapi aku rasa macam dah penat dengan semua ni. Ingatkan bila dah tutup cerita 2017, 2019 ni aku akan jalani cerita yang membahagiakan. Tapi tak! Kenapa aku mesti dapat sesorang yang “kaki pukul?”. Aku bukan mainan. Aku bukan patong yang tak ada perasaan.

   Yaa! Betul la apa yang “orang tu” pernah cakap. Aku memang menyesal disaat ini. Aku tak hargai orang yang mencintai aku. Tapi aku kejar manusia yang tak pandai menghargai aku. Cinta itu tak buta. Tapi manusia yang membutakan hati untuk menilai siapa yang terbaik dan menilai apa itu cinta dan apa itu permainan.

Cerita tergantung. Mood tak berapa elok. Nanti rajin aku up lagi. Bye!



| 1:57:00 PM | 0 Lovers
Entry 168 (31.10.2018)

   Assalamualaikum....
Adakah aku yang bersalah didalam percintaan ini? Hati, kepala otak selalu fikir yang bukan-bukan. Aku bukannya baru nak bercinta. Aku pernah bercinta, pernah bertunang, pernah berkahwin dan pernah bercerai. Kenapa aku rasa aku macam tak layak untuk rasa bahagia. Apa salah aku dan apa dosa aku? Setahu aku, aku yang banyak sakit hati dari aku menyakiti hati orang.

   Kadang-kadang aku buntu. Apa yang perlu aku buat untuk bahagiakan lagi hati orang dan bahagiakan hati sendiri. Adakah Allah mahu menguji aku atau ini memang takdir hidup aku? Kenapa aku perlu faham orang dan orang tak perlu faham aku? Aku cuba ikut rentak dia, cuba faham hidup dia, cuba bersangka baik, dan cuba ubah cara hidup dia. Tapi, bila kepercayaan dah hilang, aku terus bersangka buruk walaupun dia dah bercakap jujur. Adakah itu salah aku?

   Kadang-kadang rasa cemburu selalu hadir. Bukan cemburu kerana dia ada orang lain. Tapi cemburu dengan orang lain yang hidup bagaikan tiada apa-apa masalah. Adakah sangkaan aku itu benar?
Sedih? Ya! Jujur memang aku sedih. Sebab dulu hidup aku dengan bekas suami tidaklah sesukar ini. Selalu menangis diawal percintaan. Tapi bila dah masuk tahun ketiga, hidup aku mula bahagia. Tiada air mata mengalir. Dia selalu ambil berat tentang aku. Selalu tanya makan minum pakai aku. Selalu pesan supaya melakukan kebaikkan. Dan dia dah banyak ubah aku kejalan yang baik. Tapi, aku sendiri yang memilih untuk pergi darinya untuk insan yang lain. Tapi, apa yang aku harapkan tidak seindah yang diimpikan. Mungkin sebab perbuatan aku terhadap bekas suami, Allah tunjukkan semula sikap aku terhadap dia (Lelaki yang sekarang itu mencerminkan diri ku yang dulu). Sungguh aku menyesal dengan perbuatan aku dulu. Aku menyesal melakukan itu terhadapnya. Walaupun dia sakitkan hati aku, kebaikkan yang dia berikan dah terlalu banyak. Maafkan segala kesilapan ku. Maafkan aku.........



| 1:56:00 PM | 0 Lovers
Entry 167 (29.08.2018)

   Assalamualaikum. Dah lama rasanya tak berblogging ni. Disebabkan harini ada masa sikit, boleh la nak luah apa yang terbuku dihati. Kadang-kadang kita rasa kita ni wanita kuat dan orang sekeliling pun menyangkakan kita wanita kuat yang boleh hadap segala macam masalah dan musibah yang melanda diri aku. Ya! Itu hanya luaran. Manusia boleh berlakon. Dari fizikal memang nampak aku kuat. Tapi sebenarnya aku tidak sekuat yang disangka. Fizikal aku memang nampak kuat. Sebab aku tak nak orang nampak aku ni lemah dengan masalah yang menimpa aku. Tapi,bila aku sorang-sorang, aku akan menangis sepuas-puasnya untuk ringankan beban dalam kepala otak dan hati aku. Nak luahkan pada seseorang pun, orang tu tak akan faham apa yang kita rasa dan apa yang kita hadapi. Hanya diri sendiri dan Allah yang tahu segala derita dihati.

   Lain orang lain masalah yang dia hadapi. Samada boleh hadap dengan tak ja. Tak ada masalah yang tak boleh selesai. Semua boleh. Bezanya cepat dengan lambat ja. Hmm... Aku sendiri pun sebenarnya tak boleh nak selesaikan masalah sendiri. Nak sabar pun kadang-kadang tak boleh sabar. Sampaikan TERmarah orang yang tak sepatutnya aku marah. Beban dan terlalu beban untuk aku lalui semua ni. Mengeluh tak payah cakap la. Memang aku mengeluh. Diri sampai berkata kenapa berat sangat dugaan yang Allah bagi. Nak luah dekat orang terdekat dengan kita? Bukan semua benda kita boleh cerita. Manusia ni kadang depan kita dia baik. Belakang kita bercerita habis apa yang kita cerita. Haih! No komen lah yang tu. Cukuplah sampai sini. Nanti ada masa iols up lagi. Sekarang masa untuk merayap. Bye!



| 1:55:00 PM | 0 Lovers
Entry 166 (07.05.2018)

   Assalamualaikum follower semua. Terima kasih kepada pembaca. Lama tak update blog kan? Maklum la busy sangat. Saja la pagi-pagi ni free sikit and teringat dekat blog ni. Jadi kita luangkan masa sikit untuk si manis blog ni ;)

   Lepas Febuari aku terus diamkan diri kan? Hari demi hari ku hadapi dugaan demi dugaan. Kadang-kadang diri terasa kenapa berat sangat dugaan yang ALLAH bagi? Apakah aku perempuan yang teruk dimasa lalu? Terlalu banyakkah dosa yang aku buat? Sampai satu tahap aku perlu menangis untuk pujuk hati sendiri. Aku bagaikan tak sanggup lagi untuk hadapi ujian yang ALLAH bagi ;(. 

   Siapakah aku yang sebenar? Kenapa aku selalu diuji? Adakah aku terlalu kuat untuk hadapi semua ni? Lepas satu, satu aku diuji dengan bermacam cara. Lepas aku cuba menjauh dari seseorang, ALLAH hadirkan aku seorang lelaki yang pelik perangainya. Perangai yang selalu buat aku marahkannya. Perangai yang selalu buat aku tak ada mood setiap masa. Perangai yang kadang-kadang aku tak dapat nak faham. Perangai yang selalu buat aku rasa tercabar. Kenapa perasaan macam tu hadir? Salah siapa? Aku atau dia? Atau aku yang tak pandai kawal keadaan?

   Hmm..... Entah la. Kadang-kadang aku rasa fed up and aku rasa tak perlu lelaki dalam hidup aku pun tak apa. Kenapa? Sebab aku tak suka rasa sakit hati. Cukuplah bila selalu disakiti. Waktu sekarang aku perlu untuk rasa bahagia. Bukan lagi disakiti. Bukan lagi dipermainkan. 

   Penat dan sedih bila kenangkan hidup aku tak macam orang lain. Apakah tiada bahagia untuk aku? Masjid aku pernah siap suatu ketika dahulu. Tapi sayang masjid tu tak dapat bertahan lama. Kesempurnaan sudah cukup waktu tu. Tapi aku sia-siakan kesempurnaan yang pernah aku dapat. Maaf kerana aku tak dapat teruskan kesempurnaan yang lebih kerana sakitnya hati tak dapat aku ubati waktu tu ;(

   Masjid baru yang bakal dibina semula yang baru ada lakarannya aku tidak pasti adakah masjid tersebut dapat dibina? Ini kerana dipenghujung lakaran aku tak dapat bayangan. Dapatkah aku teruskan? Aku hampir putus asa. Aku penat untuk melakarnya lagi kerana kesedihan yang aku terima setiap hari ;(
Maaf......

To be continue.....




| 1:52:00 PM | 0 Lovers
Entry 165 (11.02.2018)
Part II

Assalamualaikum...

Jom sambung balik hat tadi.....

22 JAN 2018 (Day 1)
    Sampai je dekat airport Sandakan, seperti biasa check imigresen dulu. Diberi pas masuk ke Sabah. Nanti aku share gambaq pas masuk tu. Lepas tu call orang hotel yang pickup kami di airport ke Labuk Hotel. Specialnya Labuk Hotel ni, free shuttle Hotel ke Airport, Airport ke Hotel. Murah pun murah. Semalam cuma RM90. Kalau jadi member, semalam RM85 je. Jadi aku buat keputusan untuk jadi member and bayar untuk 4 malam cuma RM350 termasuk member card RM10 and deposit RM50. Jadi, kami bayar RM400. Check out nanti baru ambil semula RM50 tu. Sampai je bilik, terus mandi and bersiap untuk selesaikan misi yang sepatutnya. Hari pertama kami cuma guna grab untuk bergerak kemana-mana. Grab banyak and murah. I like it! Selesai je misi (Jam 1300Hrs) kami kembali ke hotel and rehat, tidoq. Qhado balik tidoq yang tak cukup tu. Jam 1700Hrs kami bersiap for dinner. Hari pertama sampai terus nak rasa steamboat Sandakan. Best gila steamboat kat Sandakan. Tak macam dekat Semenanjung. Beza dia kan, seafood dekat Sabah besaq gila. Memang puas hati makan. 1 kepala cuma RM25. Makan sampai muntah. Tapi kalau tak habis, kau bayaq total berat yang tak habis tu. Ambil sikit-sikit tak apa. Tak rugi.........




23 JAN 2018 (Day 2)
   Hari kedua baru kami sewa kereta. Satu hari RM107. Kami sewa untuk dua hari + deposit, total kami kena bayar, RM300. Hari kedua ni la baru kami start jalan-jalan. First kami pergi “Sepilok Orangutan” dan “Borneo Sun Bear”. Sebab dua-dua tu bersebelahan je. Tapi kami tak kesampai nak masuk “Borneo Sun Bear” tu sebab masa tu berlaku kemalangan kecil. Bear lari entah kemana. Jadi, kami cuma pergi “Sepilok Orangutan”. Tiket masuk cuma RM5 untuk seorang. Kalau tempat bear tu RM5.30 seorang. Bukan mahal pun kan? Kami pun pusing la dekat kawasan tu sampai rasa bosan. Then, dalam jam 1500Hrs  kami gerak pergi “Sandakan Crocodile”. Tiket masuk RM10 seorang. Tahu ada apa? Dah nama pun Crocodile, mestilah ada buaya. Tapi ada jugaklah ikan. Satu benda ja yang aku kesian bila masuk situ. Ikan-ikan dalam kolam tu. nampak je kami lalu, ikan tu bagaikan meminta makanan. Kami pun beli la makanan ikan dengan harga RM1 yang ada dekat situ. Allah! Memang semua ikan-ikan tu lapaq. Penternak macam tak jaga baik-baik. Hmmm.....
Selasai ja bagi makan semua ikan-ikan tu kami pun keluar dari situ pergi Centre Market. Alaaaa,,,, tempat orang jual Mutiara, ikan kering, udang kering and macam-macam lagi. Niat kesana nak beli Mutiara. Tapi sayang, kedai dah tutup. Masa tu dah jam 1700Hrs. Memanglag dah tutup. So, kami cuma beli Ikan Lumi and Udang Kering. Sedap kalau goreng and ratah macam tu saja. Hehee. Habis jugak RM96 beli ikan dengan udang tu je pun. Okay habis ja shopping, time to dinner. Cik abe kita teringin nak makan lobster pulak. Kami pun cari la restoran yang jual lobster. Yeay! Jumpa. Lobster 1kg dengan harga RM300. Jadi kami ambil yang ringan sikit. 400gm dengan harga RM155. Boleh la. Janji dapat rasa. Kan? Sekali tu je la makan mewah sikit. Mati la kalau makan hari-hari. Habis je makan, kami terus pulang ke hotel then tidoq.




24 JAN 2018 (Day3)
   Hari ketiga, kami tak banyak jalan. Keluar semata-mata nak p Centre Market sebab nak beli Mutiara. Semalam kan kedai tutup. Jadi, kena lah beli harini. Shopping macam-macam habislah RM125. Lepas shopping, kaami isi perut dulu. Bila dah kenyang, tergerak hati nak p “Labuk Bay” tempat monyet hidung besaq tu. Tiket masuk RM15 seorang. Jalan nak kesana memang jauh. Sangat-sangat pedalaman. Sunyi! Takut beb! Drive punya drive sampai la tempat yang kami nak p tu. Duduk la situ sampai bosan. Then balik! Dalam perjalanan balik tu, kami singgah stesen bas Sandakan sebab nak beli tiket ke Kundasang. Alang-alang dah sampai Sabah rugi la tak p sana kan? Tiket bas dari Sandakan ke Kundasang RM35 seorang pergi sahaja. Selesai semua, kami pun kembali ke hotel. Makan then tidoq sebab esoknya jam 0800Hrs dah nak gerak ke Kundasang.




25 JAN 2018 (Day 4)
   Hari keempat! Jam 0600Hrs dah bangun mandi-mandi. Kenapa bangun awal? Sebab aku makeup pun dah makan sejam. HAHAAA! Besiap semua, terus pergi breakfast. Jam 0730Hrs kami panggil grab untuk hantar kami ke stesen  bas. Jam 0800Hrs tepat bas pun gerak. Perjalanan kesana memang buat aku takut. Sebab apa? Sebab bas sangat-sangat laju. Lepas tu penghadang jalan tak ada. Cerun bukit memang nampak! Kalau bas tu tergolek, kau rasa? Sepnjang perjalanan seriou cakap, memang aku tak berani tidoq. Seriau woii! Selepas 5jam perjalanan, Jam 1300Hrs kami pun sampai di Kundasang. Sampai je Kundasang, aku ingat boleh la jalan untuk sampai kat tempat lembu tu. Rupanya! Jauh oii! Hah! Apa lagi! Cari la bas mini untuk bawak kita ke atas sana. Dia bukan kira kepala. Tapi kira 1 van. RM60 dia bawa kami naik ke atas and tunggu kami sampai kami rasa nak balik. Tapi ingat ya. Desa Cattle Dairy Farm tu tutup jam 1700Hrs tu. So, baik datang pagi. Banyak masa nak luangkan dekat sana. Bergambar and macam-macam. Lepas kami bergambar, kami pergi beli Fresh Milk 500ml dengan harga RM3.80 dan Chocolate Milk 200ml dengan harga RM2.50. Habis minum susu, kami beli ice cream pulak. Ice cream pulak murah. 1 cup dengan harga RM5.30. Semua dekat situ fresh you all! Memang terasa kesegaran dia. Okay puas makan puas minum, jam 1530Hrs kami turun dari Desa Cattle Dairy Farm. Jadi, kami pun tunggu bas untuk pulang ke Sandakan. Jam 1600Hrs kami gerak ke Sandakan. Jam 2100Hrs sampai lah kami dekat tempat menginap. Apa lagi! Tidoq la. Letih satu hari perjalanan.




26 JAN 2018 (Day 5)
   Last day di Sabah. Duit pun dah berkurangan. Nak buat apa lagi. Melangut je la dekat Airport Sandakan sampailah tibanya waktu untuk berlepas. Okay done! Cukuplah sampai sini. Penat dah nak menaip. Assalamualaikum, bye!




Continue for new story.....





| 1:49:00 PM | 0 Lovers
Entry 164 (28.01.2018)
Part I

Assalamualaikum...

   Haii all..... Seminggu lebih jugak la kita menyepi. Kan? Kan? Hahaa. Bukan apa. Aku menyepi sebab sibuk uruskan kerja and percutian di Sandakan, Sabah. Yang tak pernah pergi sana mesti ada yang nak tahu berapa kos ke sana right? Baca sampai habis. Untuk hari ni aku nak share perbelanjaan aku selama 5 hari 4 malam di Sandakan, Sabah. Let’s go!

   Before that, aku nak bagi tau sebelum ke Sabah atau kemana-mana dengan flight, plan awal-awal and selalu check harga flight. Semua orang tau kan? Harga flight yang kadang tinggi, kadang rendah harganya. So, rajin-rajinkanlah diri tu ye. Flight aku 22 JAN 2018 tu cuma RM169 pergi sahaja. And balik pun harga yang sama jugak.  Sini, aku cerita step by step la ye dari awal sampai kepenghujungnya.

   Macam biasa lah. Sebelum sampai KLIA2 kita mesti naik public transport or kenderaan sendiri kan. So dekat sini aku cerita semuanya tentang aku dan perjalanan ke sana. First, 21 JAN 2018 jam 1600Hrs keluar dari hostel, p beli bekalan makanan untuk aku mengunyah dalam bas nanti. Sebab aku ni memag suka makan. Faham-faham lah berapa puluh dah habis dekat makanan. Tapi tak apalah. Untuk perut sendiri. Bukan perut orang lain pun kan. Then, jam 1700Hrs kena beratoq pulak nak naik cable car. Almaklum la aku dari Genting. Bukan datang bercuti ke apa. But, aku memang staff sini. Kerja sebagai apa tu tak payah tahu la ye. Okay! Back to the point! Agak lama jugak que dekat situ sebab memang ramai. Jam 1740Hrs macam tu baru dapat masuk dalam gondola tu. Nasib baik la cable car ni agak laju. 10minit macam tu baru sampai dekat stesen bas Awana. Bas kami jalan jam 1800Hrs. Lagi 10minit je tinggal. So, apa lagi. Jalan sepantas yang boleh la. Dalam 5minit bas ke KLIA2 sampai. Kami tunggu bas tak lama. Okay lah kan. Kira pandai la jugak bajet masa tu. hehee. 2 jam perjalanan kami dari Genting ke KLIA2. Lebih kurang jam 2000Hrs kami pun sampai di KLIA2. Dah sanpai tu apa lagi. Cik abe kita kata lapaq. Tunggu lagi? Terus serbu Marry Brown dekat KLIA2 tu sebab situ je agak murah dari makanan yang lain. Kami dah la tengah bajet. Tak boleh la nak makan mahal-mahal. Belanja yang bawak pun cuma RM2,000. Takut tak cukup bila dekat Sabah nanti. Jimat selagi boleh. Hihii 😁

   Okay, masih lagi di Airport. Kami makan lepastu pusing-pusing dalam airport tu sampailah tiba masa untuk masuk gate. Kira sendiri la berapa jam kami kat airport tu sampai tak tau nak buat apa. Sampai KLIA2 awal. Flight jam 0625 (22 JAN 2018). Kau rasa? Aku ni sampai dah sakit kepala sebab tak tidoq. Wait! Sambung balik yang tadi. Lepas makan, kami terus p check in tiket. Tumpang tak ramai lagi dekat mesin kiosk. Mai nak habaq pasai kiosk dekat KLIA2 ni. Betoi la kawan aku cakap. Check in awal tak apa. Sebab mesin kiosk dekat sana bukan semua elok. Ya! Tepat sekali. Memang tak semua elok. Kami try one by one mesin kat situ. Mesin yang ke-6 baru boleh print tiket. Kau rasa? And, untuk pengetahuan you all, selama 23 tahun hidup, aku first time sampai KLIA2 and first time jugak naik kapal terbang. Masa dekat airport, kami banyak tanya orang. Tanya macam mana nak print tiket, nak timbang beg dekat mana, nak check in beg pukul berapa and nak tunggu dekat gate pukul berapa. Ada kan pepatah yang mengatakan “Malu bertanya, sesat jalan”. Jadi, nak elak hal-hal yang tidak diingini berlaku, banyak-banyaklah bertanya orang. Jangan malu ya. HAHAA! Tudiaaaa! Cerita dekat airport saja dah panjang. Maaf ya Maaf. 

   Ada lagi sebenaqnya. Jom sambung baca! Lepas dah print tiket, Cik abe kita mengantuk. So, teman je la dia tidoq dekat hall tu sambil-sambil aku layan cerita dekat facebook. Ingat! 4jam sebelum berlepas dah kena ada dekat airport. Macam aku 9jam lagi nak berlepas, aku dah sampai airport. Maklum la. Last bus jam 1800Hrs. Terpaksa la awal. Nak tinggal kereta dekat airport memang tak la! Mahal sangat. Buang duit ja. So, gunakanlah kemudahan yang ada. Back to the point! Okay, 2jam jugak la dia tidoq. Jam 0200Hrs kami gerak dari hall tu. p la cuci muka segala mak nenek tu. Dalam 0230Hrs macam tu kami beratoq untuk check in beg masuk kargo. Kaunter buka jam 0300Hrs tapi kami beratoq awal sebab memang dah ramai que dekat situ. Kami join la que dekat situ takut nanti lagi ramai. Jenoh nak tunggu woii! Sampai je turn kami, yeay! Beg cuma 13.5kg. Nasib baik tak lebih. Ye lah, aku beli bagage 15kg dengan RM45 kalau tak silap. Kalau lebih, kena la tambah duit tak pun kurangkan barang dalam beg. Kira aku ni pandai bajet lah nohh. Hehee. Okay! Lepas dah check in bag, kami p makan sebab aku teringin Penang Asam Laksa Nyonya Colour. Lepas makan, jam 0445Hrs kami gerak masuk. Agak jauh la nak ke Gate J15. Penat jalan woii! Sampai depan gate, duduk bergelimpangan depan gate tu. Jam 0520Hrs dah que nak masuk dalam kapal terbang. Duduk lah aku dekat seat 15A and 15B (cik abe kita) betul-betul atas sayap you all! So, kalau yang nak duduk area kepak tu, seat 15-17 tu masih area kepak. Haa.... Saat-saat bak berlepas tu, aku baca doa naik kenderaan, mengucap, istighfar sepanjang penerbangan. Sebab apa? Sebab aku memang takut. Nama pun tak pernah naik kapal terbang. Otak ni fikir macam-macam la. Punya la takut. Tapi, Alhamdulillah kami selamat sampai and jejak kaki di tanah Sabah pada jam 0930Hrs. 

Penat la menaip. Sat lagi i sambung balik untuk Part II 😘



| 1:45:00 PM | 0 Lovers
Entry 163 (07.01.2018)

Assalamualaikum...

   Haii all... Hari ni saja la nak share cerita ketidakpuasan hati semasa bertugas. Aku bukan apa. Sakit hati la jugak. Kadang kita tak kacau orang. Tapi orang sibuk kacau kita. Kadang tu aku duduk je diam sorang-sorang. Tiba-tiba ada hamba Allah ni sibuk mengacau mengusik bagai. Bukan tak boleh bergurau. Boleh! Tapi ada hadnya jugak. Semua orang ada hari mood dia okay. Ada hari mood dia tak okay. So kena la faham. Tak aku je nak faham orang. Adil ke untuk aku? Umur je tua. Tapi pemikiran langsung tak matang. Come on bro! Come on sis! I yang dah umur 23 ni pun pandai fikir dari you! Kalau orang kacau time mood you tak okay, tahu pun marah. So, sama la i pun. So please okay!

   Then, masa baris. Siapa datang awal, boleh duduk belakang. Nak duduk depan pun boleh. Terpulang! Tapi i suka duduk belakang sebab i ni pemalu. Tak suka lelaki tengok tubuh aku even dari belakang. Nak dijadikan cerita, satu hari tu masa baris, aku dah duduk pun dekat baris aku. Then ada senior ni datang lambat. Lepas tu dia sibuk tolak-tolak aku suruh aku duduk depan. Wey bro! Nak melawak pun ada gaya wey. Kau tu dah datang lambat, duduk je lah depan. Tak perlu kot tolak orang lain untuk duduk dekat tempat kau. Memang hal ni kecik. Tapi bagi aku besaq! Aku tak suka!

Cukuplah sampai sini. Bye! 

To be continue.....



| 1:43:00 PM | 0 Lovers
Entry 162 (07.01.2018)

Assalamualaikum...

   Hai Hai awaknya 👋🏻. First sekali, selamat tahun baru semua and hello 2018. Sebenarnya 2018 ni dah niat tak nak kutuk-kutuk orang. Tak nak bergosip pasal orang. Tak nak amek tau pasal orang. Tapi tu la. Bila dah niat sebegitu rupa, ada pulak yang mengundang untuk aku buat balik perangai macam tahun sebelum ni. Kau rasa? 

   HA! HA! Meh sini nak cerita. Lain kali jangan dikocak air yang tenang tau 😏. Okay! Harini baru masuk 7 JAN 2018. Dah seminggu dah pun. Tapi dah ada yang menguji. Bukan apa beb! Aku macam pelik jugak dengan perangai manusia dekat tempat kerja aku. Masa aku first day haritu ada la sorang hamba Allah ni tanya pasal sorang budak yang aku rapat dekat tempat kerja ni. Dia tanya, “Wey, betul ka budak itu? Betul ka budak tu ini?”. Hello gilrs! Please okay. Jangan nak sibuk tanya pasal budak tu. Even aku rapat sekali pun, kau siapa nak tahu pasal budak tu? Aku tak nak budak tu salahkan aku sebab aku bawak mulut. Mulut hang pun tak boleh percaya tau. Lepas hang tanya aku tu, terus cerita budak tu tersebar. Nampak tak siapa yang kepoci sekarang ni? Hang tak jaga maruah dia. Hang jangan ingat hang tu suci sangat tau. 😏

   Yang kedua! Sorang lagi minah kepoci tanya aku, “Beb! Betul ke hang dah tak duduk situ?”. HA! HA! Hello SISTER! You tu dah tua tau. Tua lagi dari i. Beza sis dengan i 6 tahun tau. Patutnya you lebih matang. Jangan nak sibuk-sibuk hal orang. Aku nak duduk mana ka. Buat apa ka, apa masalahnya? Sakit mata kah? Kakak, baik kakak jaga tunang kakak tu baik-baik. Perbaiki diri, perbaiki tunang you yang kaki judi tu. ini kain sendiri terkoyak tak berjahit, sibuk nak jahitkan kain orang. Please ye sis. Jangan amek tau sangat hal orang. Lebih baik sis fikir and amek tau macam mana nak cari duit supaya boleh kahwin cepat-cepat. Umur makin tua tau bukan makin muda. Itu je lah untuk kakak yang kepoci.

Sekian. Salam sayang untuk kepoci sekalian 😘

To be continue.....




| 1:41:00 PM | 0 Lovers
Entry 161 (17.12.2017)

Assalamualaikum...

Hai...

   Cik Aries nak tanya, masih wujudkah KAWAN yang tak mengata kawan sendiri? 🤨
Aku tak rasa kawan serupa itu masih wujud. Yang aku tahu, kata mengata antara satu sama lain ni bersepah dekat bumi Allah ni. Kan? Aku bukan apa. Saja la nak meluahkan ketidakpuasan hati ni. Baik yang tua, baik yang muda. Mengata sana sini tak malu ke wahai kakak wahai adik? 

   Aku baru berusia 22 tahun. Bermacam-macam hal, bermacam-macam perangai aku tengok dengan mata kasar aku. Siapa pun tak nak mengalah. Lagi dikata, lagi dibalasnya. Kadang-kadang pelik jugak. Yang muda, tak ada ke rasa hormat dekat orang tua? Dan yang tua, tak boleh ke cakap atau nasihat baik-baik pada yang muda? Nak orang hormat kita, kita kena hormat orang dulu. Baru betul! Ni kau nak orang hormat kau. Tapi kau layan orang macam sampah! Siapa nak baik dengan orang macam kau? 

   Lagi, patutkah kita layan orang yang perangainya macam ni?
Dia mintak tolong dekat kita seboleh-bolehnya sampai kita tolong dia. Lepas tu kuruk-kutuk kita, mengata kita dekat kawan-kawan yang lain. Cerita buruk kita dekat kawan-kawan lain. Kalau kau tak suka, buat apa kau mintak tolong? Kenapa kau tak mintak tolong dekat kawan-kawan yang kau kongsi cerita? Ke kawan kau tu tak nak tolong kau? HAHAA! Kau mengata orang. Jangan ingat orang yang rapat dengan kau tak mengata kau.

   Hmmm... Entah la! Macam-macam perangai manusia dekat atas buni ALLAH ni kan? Zaman sekarang ni tak boleh nak baca yang mana boleh dibuat kawan yang mana tak boleh dibuat kawan. Aku pun beekawan biasa-biasa. Sebab aku takut ditikam dari belakang. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab aku dah terkena. Berkawan bagai nak rak. Pergi mana-mana pun sekali. Lastly kena tikam belakang. Memang celaka la dapat kawan macam ni. Celaka kan? HAHAA! Whatever! Ingatkan lepas kejadian tu, dia nak mintak maaf. Tapi, diam seribu bahasa tanpa berkata apa-apa. Takkan aku nak mintak maaf dekat dia. Oh! No okay. Dia dah buat kesilapan yang sangat besar yang melibatkan dunia akhirat aku. So, sampai bila pun aku takkan maafkan sampailah dia datang sendiri untuk mintak maaf atas kesilapan lalu.

   Okaylah. Sampai sini je lah. Lagi lama menaip, lagi banyak cerita yang terungkit nanti. Okay bye!

To be continue.....




| 12:55:00 AM | 0 Lovers
Entry 160 (15.12.2017)

Assalamualaikum...

Hai...
   Disebabkan harini hari paling membosankan, aku saja nak bercerita dan kongsi jalan cerita hidup aku hari demi hari. Nak baca, baca. Tak nak baca awak boleh keluar dari blog ni 😊. 

   Cinta! Kenapa manusia kata cinta itu buta? Pada aku, apa yang dikatakan cinta itu buta, adalah manusia itu sendiri. Faham ke tak faham? Kalau tak faham, mai sini ceq nak share sikit cerita mengenai diri sendiri. 

   Kerja! Ya, si dia tahu kita kerja. Tapi dalam masa yang sama dia rasa curiga dengan kerja kita. Tambah pulak kalau kita standby dekat kawasan yang kita tak pernah jaga. Sayang memang la sayang. Tapi dalam kita tengah sibuk menjalankan tugas, si dia boleh pulak mai dekat tempat kita kerja. Sebab apa? Sebab dia nak pantau apa yang aku tengah buat. Sedangkan dia tengah tidur waktu tu. Boleh pulak dia bangun sebab nak tengok apa yang aku tengah buat. HAHAA! Sometime rasa macam lawak. Sampai macam tu sekali ya bila dilamun cinta 😅. Kalau aku lah kan, pukul 1 pagi tu tak adanya aku nak bangun semata-mata nak pi tengok apa dia buat. Tak sanggup aku nak tinggal tempat tidur 😂. Mungkin sebab si dia terlalu sayang dan takut kehilangan orang yang dia sayang. Jadi, sebab tu lah kot dia sanggup tinggal tempat tidur dia semata-mata nak tengok apa yang aku buat. Dalam masa yang sama mungkin dia tak percaya dekat aku disebabkan pernah dipermainkan kekasih lama. It’s okay. Aku bagi dia masa untuk latih diri dia untuk percayakan aku. Tak semua orang perangai dia sama. Kan?

   Okaylah. Sampai sini saja untuk harini. Nanti kita sambung lagi ya. Assalamualaikum. 

To be continue.....



| 12:53:00 AM | 0 Lovers
Entry 159 (13.12.2017)
Assalamualaikum...

Haii.....
   Setahun sudah berlalu. Siapa sangka hubungan kami semakin rapat. Dan ada jugak yang mencemburui kami. Aku tak kisah. Aku percaya, jika ada jodoh kami, bersatu jugak kami satu hari nanti. Dia pemilik hatiku, aku tak perlu hantaran berpuluh ribu. Cukuplah kamu buat aku ketawa, tersenyum, dan melupakan segala kesedihan yang pernah aku alami dulu.

   Firstly, kenapa mesti ada yang cemburu dengan hubungan aku? Sedangkan aku tak pernah ganggu dan sibuk hal orang. Ada yang sibuk mengata dia. Kata dia tak elok la apa la macam-macam. Haii lahh... macam la yang mengata tu elok sangat 😂. Aku pekakkan telinga je. Yang rapat, yang berkawan dengan dia aku. Bukan orang-orang sekeliling tu 😏.

Okaylah. Itu je la untuk harini. Sambung kerja dulu ya.

To be continue.....



| 12:51:00 AM | 0 Lovers
Entry 158 (11.12.2017)

Assalamualaikum...

First sekali, soalan!
Pernah tak readers kat sini rasa pengenalan sebagai sahabat berubah menjadi cinta?
Rasanya semua pernah merasa right?
Okay jom! Cik Aries nak story ni 🤗

   Bermulanya pengenalan kami di sebuah kelas iaitu kelas mengajar pelatih-pelatih tentang kepolisan tahun lepas (2016). Dimana tu aku rahsiakan lah ye. Pengenalan yang tak pernah aku sangka boleh bertahan sampai sekarang. Nak dijadikan cerita, aku sebenarnya benci dekat mamat yang aku sayang sekarang ni. Nak tahu kenapa? Masa dalam kelas dulu, dia pernah bersuara “Aku BENCI PEREMPUAN”. Dalam hati aku berkata, “Dah benci tu benci je la. Tak payah la nak sebut-sebut sampai satu kelas tahu”. Masa tu aku belum kenal siapa dia. Maklum la masa tu baru sesi kenalkan diri. Jadi, masa tu mungkin saling benci membenci 😅. 

   Okay, lepas hampir dua bulan training punya training kami berdua pun makin rapat. And aku tak tahu bermula rasa ‘Suka’ tu masa bila. Bila diingatkan semula, jurulatih pernah bersuara, “Akan ada antara korang yang akan bercinta masa training ataupun lepas tamatnya latihan. Kalau tak percaya, korang tengok je nanti. Kenapa saya berani cakap macam tu? Pelatih-pelatih yang lepas pun macam ni gayanya. Tiap-tiap tahun”. Okay masa tu aku tak rasa aku akan tersangkut dengan kata-kata jurulatih tu. Sebab aku lebih suka sendiri. Tapi, sungguh tak ku sangka kata-kata tu terkena pada aku. Diri, hanya manpu ketawa 😂

   Hari demi hari berlalu, hubungan kami makin rapat sampaikan ada antara sahabat-sahabat kami berbunyi “Tak payah la kawan dengan mamat tu. Mamat tu bukan baik pun. Mamat tu bukan bagus pun dan macam-macam lagi”. Aku ignore je dengan apa yang kawan-kawan aku cakap kan. Hati ku berkata, “Seteruk mana pun dia, manusia boleh berubah. Yang bercakap itu ini tentang dia, waktu dulu dia pun bukan baik. Kan? Bila dah berubah, sibuk nak jadi macam ustazah pulak. Mungkin aku masih baru untuk kenal dia. Tapi aku yakin aku boleh ubah dia menjadi lebih baik”. Itu kata-kata semangat untuk diri aku sendiri. 

   Siapa sangka kan, dalam masa setahun, aku boleh ubah dia walaupun tak banyak perubahan dia yang orang sekeliling boleh nampak. InShaaAllah aku akan terus bawa dia kejalan kebaikan. Jangan lagi terpesong kearah yang boleh merosakkan diri. 

InShaaAllah jika ada masa terluang, akan ku sambung cerita seterusnya. 
Menceritakan tentang aku dan kau adalah kenangan buat ku suatu hari nanti” 

To be continue.....




| 12:40:00 AM | 0 Lovers

Entry 157 (20.11.2017)

*Sambungan entry blog lama yang dah sekian lama ditinggalkan 25.09.2015*
**COPY SEMULA DARI BLOG BARU KE BLOG LAMA SEBAB BARU BOLEH ON**

Assalamualaikum...
    Firstly, hampa yang bertuah ‘Lalingg’ sebab hampa yang jadi enrty pertama kami. Terima kasih sebab tolong editkan blog baru kami ni. Maaf menyusahkan hampa. Disebabkan keadaan sekarang yang tak mengizinkan, kami tak dapat nak edit blog kami sendiri. Apa pun, hari ni 21 Nov 2017 hampa dah belajar main coding even kami cuma ajar melalui whatapps. Teringat masa dulu, masa tengah gila dengan blog. Hampa pun nak blog cantik-2. Tapi masa tu kami free. Tersangat free. That’s why kami boleh buat apa pun. Tapi start tahun 2015 sampailah sekarang masa kami tak macam dulu. Busy Busy and Busy 😬

   So, untuk harini hampa dah tolong kami. Terima kasih daun keladi. Nanti boleh la mintak tolong hampa lagi. Hihiii... Ceeewwwaahhh! Tak ada lah. Gurau je 😊. Apa pun terima kasih banyak-2 sebab dah luangkan mass untuk kami sebab nak edit blog ni je. Kami hargai apa yang hampa dah buat. Lagi sekali, terima kasih banyak-2. Well Done!

SAYANG HAMPA 😘